IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Tuesday, December 7, 2021

JAM ANTIK


Yang kiri jam nikah.
Yang kanan jam 2 tahun selepas nikah.

Tapi yang aku nak cerita pasal jam belah kanan tu. 
Teringat memori masa syarul bagi memang terkejut sangat.

Masa tu dia keje shift petang, so tengah malam baru sampai rumah. Selalunya memang aku da tido time dia balik. 

"Sayanggg bangun..." dia dok kat katil sambil kejut aku. Pastu aku bangun, dia hulur box.

Ya Allah, terkejut segar terus mata aku tengok jam.
Terharu sebab aku tau la gaji suami aku brapa masa tu. So takde la nak demand macam macam.

Aku hargai effort dia untuk buat aku rasa special dengan hadiahkan jam ni.

Aku ni tak reti sangat nak beli jam. Sebelum kawin jam aku brand Vincci je. Beli, pakai pastu bila rosak buang terus 😅

Kiranya dua ni la jam paling mahal pernah aku pakai 16 tahun lepas. Alhamdulillah masih elok dan masih aku guna buat ganti ganti dengan jam yang baru. 

Tunggu 10 tahun lagi, boleh up harga ni kategori barang antik 🤣


#sentimentalvalue 



Wednesday, November 17, 2021

Bercuti Di Magellan Sutera Harbour ~ Me Time

Morningggg
Bersyukur sangat dapat bercuti di negeri yang paling aku suka. Sabaahhhh

Ramai heran napa aku suka sangat Sabah. Selain tempat cantik, ramai kawan aku di KK ni. Dulu masa aku stay KK 2014 sampai 2017, pandai aku "buat kawan" dengan orang sini.

Kali ni Syarul bagi aku greenlight untuk me time cara aku selama 1 week.
Yippieeeeee

Dia book kan hotel feveret aku di Magellan Sutera Harbor. Tengkiuussss




Best dapat berendam sepuas hati dalam bathtub. Before ni kalo bercuti dengan dorang, tak pernah aku nak heran sangat bathtub ni.




Dinner pulak suka hati aku nak order in room dining. Makan dengan penuh nikmat.



Best dapat tengok view yang tenang ni selama 1 week. Banyak nikmat Allah bagi aku.
Syukur Ya Allah.


Breakfast kesorangan tiada hal.
Enjoysss the moment.


Lepak tengok pantai sambil baca buku.
Aku boleh duduk berjam jam kat sini.


Aku ada 1 hari lagi untuk spend time di KK ni.
Esok sambung me time kat KL pulak.

Selagi ada peluang dan masa, tak salah kita tinggalkan kejap semua tanggungjawab untuk kutip balik diri kita.



Wednesday, November 10, 2021

RUMAH KU, OFIS KU




Gini lah keadaan rumah aku time ofis hour. Meriah dengan staff yang ada.
Alhamdulillah after setahun beroperasi, sekarang aku ada 6 orang pembantu yang banyak memudahkan keje aku.

Sebelum ada dorang ni, semua benda aku kena buat sendiri. Kadang tu sampai takde waktu untuk makan. Memang banyak aku belajar dari Syarul cara nak set up company dan nak manage bisnes. 

Set up company senang je. Uruskan documentation, register bank account dan apa apa yag berkaitan.
Lepas da set up company, paling susah ialah nak manage bisnes. Kita kena displin dengan masa dan duit.

Lepas da beberapa ketika, perlunya ada pembantu untuk korang expand bisnes korang. Sebab kita bukan ada super power semua benda nak buat sendiri. Sampai satu ketika, kita akan stop sebab terlalu penat.

So cabaran seterusnya ialah cara manage orang pulak.
Bukan mudah as a owner kita nak letak trust kat orang lain untuk uruskan bisnes kita. Benda yang selama ni kita urus sendiri, harus kita belajar untuk lepaskan pada staff sikit demi sikit. 
Tapi semua ni harus dipantau ye. Jangan main lepas gitu je.

Bila da kurang tugas yang perlu kita uruskan, so kita ada ruang masa untuk mencari peluang lain untuk expand company. Boleh fokus untuk branding produk kita di pasaran.
Part branding ni memang kena owner yang bekerja keras. 

Ok itu je serba sikit info yang mampu aku share kali ni.

See ya 💓

Monday, November 8, 2021

SyanaSaidGold - REZEKI COVID 19




Assalamualaikum... 
Apa kabar uols? Lama gila blog ni bersawang. Cara nak tulis blog pun da lupa. Hahahaa
Nasib la ingat password. 

Aku nak abadikan kisah ni kat blog so that dapat la aku baca kendian hari.

Alhamdulillah Allah lorongkan jalan untuk aku ngan Syarul start bisnes online jual emas ni masa Novermber 2020. Time ni angka Covid macam yoyo. Kejap naik kejap turun. 
Masa ni memang banyak terkesan bisnes online aku yang lain. 

Satu hari tu, aku pegi kedai emas kat area Terengganu ni. Pastu saja je la up iklan kat FB tanya sapa nak kirim. Tak sangka pulak ada yang kirim. Pastu debor nak urus postage. Tapi Alhamdulillah semua Allah permudahkan. Lepas tu terus jadi ketagih keluar masuk kedai emas nak cari design kiriman orang.

Lepas da sebulan buat sorang, tetiba Syarul usulkan cakap jom buat secara serius. Dia pun buat la plan tunjuk kat aku idea dia. Aku ok je, janji part strategik dia urus kan dan bagitau aku, apa perlu aku buat.

Agen pertama yang join kitorang ialah adik ipar aku, Anis. Masa tu 10 November 2020 aku start create group agen dan add Anis dalam tu. Pastu aku up dalam FB tanya sapa nak cari side income dengan jual emas. Alhamdulillah sambutan sangat laju. 

Sekarang after setahun, jumlah agen SyanaSaidGold da ada dalam 120 orang.
Syukur Ya Allah.

Dulu masa awal awal start, akula buat sorang semua benda. Syarul bagi idea, tunjuk kan jalan. Aku la kena implement jadikan realiti semua plan dia. Ada masa aku penat sangat sampai breakdown menangis nangis cakap nak stop. Hahahaaa dasar cengeng. Tak boleh susah sket.

Nasib la Syarul tu kuat semangat dan tegas suruh aku bersabar. Alhamdulillah sekarang kami da ada 6 orang pembantu yang bantu aku uruskan company. 
Syukur sangat dapat gak bantu orang keliling dapat income.

Semoga tahun kedua ni, SyanaSaidGold semakin maju dan berkembang terkenal di kalangan peminat emas online. 

Tolong doakan ye uolssss 💓

Monday, September 23, 2019

Hello Malaysiaaaa

Adakah aku akan buat comeback dari tanah Terengganu?

Dah setahun lebih stay KT baru jumpa penyapu nak buang sawang kat blog 😅

Semoga aura rajin tu datang sebab rugi rasa banyak benda menarik masa kat Sabah dulu tak sempat aku coret simpan kat sini. 

Semoga bertemu lagi di coretan akan datang. Insya Allah.