IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Wednesday, March 30, 2016

Nasi Arab di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu

Hai semuaaaaa

Sejak duduk Sabah ni, selalu nau ditinggalkan syarul
Atas urusan koje la... aku ok je kadang tu, bila dia xde.. ye la da lebih 10tahun kawen kan, da faham da diri masing2
Yg kesian kt Iman la.. budak tgh nk membesar gitu mmg selalu sgt nak main ngan bapaknye..

1 peel syarul ni, asal nak pegi keje luar je mesti dia akan belanja dinner best2 b4 tu
Membeli jiwa nampak :p

So mlm td dinner kat Hotel Tabung Haji KK
Rupanye ada nasi arab sedap kt cafe situ.. harga pun ok la
Sepinggan RM25.. big portion gak la



Restaurant ni kat groundfloor hotel tbg haji tu



Mana tau syarul nk bwk dinner sedap mlm td.. lunch aku da belasah nasi ayam penyet... mana la tak mok2 skrg



Umur 6 tahun Iman still baca merangkak2.. takpe la biar lambat asal selamat.. hahaha
Aku dlu darjah 2 br reti baca.. so lek2 je laaaa
Janji dia nak la jugak cuba2 baca



Ni aku share ngan Iman.. sbbkan Iman lapar sgt dia boleh abiskan nasi tu
Tp kambing tu dia x abis la
Aku makan la kambing dgn minta 1 nasi extra
RM25 utk set ni



Ni syarul belasah sorg2
Haibatttt sgt.. hahaha
RM25 gak



Cream caramel ni so-so je la rasa dia
RM6.90
Aku dan dessert berpisah tiada :p



Luas kedai ni.. lps tu x ramai org
Kot nk romantik2 mkn tenang2 boleh la dtg sini
Dia bukak dr pkl 11 pagi
So boleh la dtg lunch dlm econ sambil mkn nasi arab
Western pun adaaaaa.. harga berbaloi la aku rasa

So sapa2 org KK atau yg melancong ke KK meh ka cuba mkn kt sini
Hotel dia pn selesa je aku tgk.. xde jauh dr town.. tp kena sewa keta la kalo dok hotel ni

Ok la bye2 semua

posted from Bloggeroid

Friday, March 18, 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah

Haiiiii semua
Skrg ni aku tgh bercuti kt KL.. khamis lepas smp Puncak Alam

Lps tu balik Tepeng.. aritu otw balik Tepeng singgah sat Sungkai nak lunch
Lepas da hajat nak makan nasi bamboo
Top gak kedai ni.. antara wishlist kedai2 aku nak makan kalo bercuti kt KL la ni



Luas kedai ni.. so selesa la takde rasa sesak even ramai org



Ni set nasi bamboo
RM2.50 je set ni.. ada nasi + telo masin + ulam + sambal + kuah kari
Kalo nak tambah ikan bakar ke ayam bakar pun boleh.. harga lain ye



Nampak je sikit nasi ni.. tp boleh la aku share ngan Iman..

Sini guna sistem layan diri.. so pegi la ko beratur order dan terus bayar.. pastu style gerai2.. gerai air lain.. gerai nasi lain.. gerai bakar2 lain
Nnt korg kena bayar yg ko order tu kt gerai2 tu..

Rasa dia??? Ikut tekak aku yg sumbat apa saja ni, mmg sedap la
Xtau la kalo tekak korg taraf juri masterchef kan.. hihi

Lokasi:
Dr KL tu exit Sungkai.. lepas bayar tol nnt jmp T junction korg amik kanan.. arah ke Ipoh.. pastu kedai tu x jauh dr simpang tu
Belah kiri tau kedai dia..
Jgn bwk laju2 kang terlajak sbb situ org tgh buat jalan.. so takut x nampak lorong masuk

Ok selamat Jalan2 Cari Makan ;)

posted from Bloggeroid

Monday, June 1, 2015

Facial di Herbaline

Helloooo semua
Ni kesah #trowback minggu lepas ni

Al-kisah nya muka aku ttibe diserang jerawat... 2 ketol yg besaq pulak tu
Tu ok la lagi.. bkn panau pun kan.. jerawat je

Yg aku pelik smp buat aku gedik nk pegi facial ni sbb kan jerawat aku ni dia tumbuh besar pastu dia masuk ke dalam
Last2 mata xde, tp keras jek area situ

Ha tu yg risau terus buat facial..


Cari punya cari, jumpa la spa bernama HerbaLine ni
Kat Komplek Karamunsing


Sampai2 terus dia served teh sedap
Hahaha x tau teh apa.. mcm air mata kucing panas pun ada
Sedap tak cukup 1 cup kecik tu

Aku pegi dgn Nana.. dia ni jiran aku kat sini
Suami nya pun koje BNM.. juga surirumaj mcm aku... so ini lah geng aku kat sini


Tempat ni simple je.. takde la bali2 sgt ke
Tp bersih dan staff sgt friendly

Aku selesa la facial lat sini

Mmg lepas 1week buat facial skrg muka aku back to normal
Tak la flawless tp xde la jerawat besar yg tenggelam ke dalam

Sekali sekala manjakan diri apa salahnya kan
Anak2 kat sekolah time ni
Dapat lah menjadi normal sejam 2 sebelum menjadi monster balik
Hahaha


Ok bai


Wednesday, May 20, 2015

Siput Tarik Masak Halia

Hallooooo
Gini la bila suruh suami gi pasar
Mencabar2 haiwan dia beli... huwaaa
Mana aku pernah masak siput ni... makan pun baru 1 kali je kat kedai

Siap aku google cara bersih dan masak
Ok dorg ckp berus jek kulit tu... memberus lah aku seketol2 siput tu dgn berus kecik
Sampai melecet tangan gue *nangis*


Taraaaaa....
Tak tau la aku bersih ke tidak
Tp mmg ada yg tak boleh hilang warna dia
Ikut aku nk kasi licin putih.. tapi tak terdaya da nk nyental

Resepi campak2 jek

Bawang putih lebih sket
Bawang merah
Halia
Serai
Garam

Tumis jek semua tu masuk air sket je
Pastu masuk siput

Jgn lama2 nnt terlebih masak

Ok siap!!!!

Cara nak makan dia tarik isi pakai tooth pick
Agak mencabar dan perlu kesabaran gak la :)

Tapiiii.... sedappppp

Ok boleh beli lagi lps ni.. masak resepi lain pulak


Friday, May 15, 2015

Upperstar @ Suria Sabah

Hellooooo semua

Hari ni aku nak blog pasal makanan kat Sabah ni.. ni aku nk share pasal satu kedai feveret aku

Kalo nak makan western mmg aku akan dtg kedai ni


Nama kedai dia UPPERSTAR
kedai ni byk branch area KK ni.. tp aku selalu pegi yg kat dalam Suria Sabah
Senang sket nak parking


Harga kat sini sangat2 reasonable
Sbb kat KL dlu selalu makan tempat2 mcm tgif, bubba gumb etc
Tempat2 tu kan mahal bebenor kan.. tp kat sini boleh kata murah gila
Rasa dia pun sedap.. portion besar
Kedai selesa


Ada disediakan pc siap internet lagi.. boleh la pasang youtube atau surf FB
Tp youtube takde suara la.. hihi

Suasana dlm kedai ni tak la romantik sgt.. sbb bising dgn lagu.. pastu meriah dgn org2 tgh makan.. semua ceria2 gelak

Staff situ pn baik2..


Aku ngan syarul amik Lamb Chop
1 set RM19.95
Bg aku murah la.. sbb big portion
Mula ko tgk mcm x cukup.. tp bila makan fuhhh x larat mau abis kan
Sbb mmg penuh daging..
Sos boleh pilih byk mana ko nak.. aku amik 3 sos yg berlainan



Iman pulak amik Spageti Carbonara
RM8.95
Murah tak.. murah tak???
Hahaha
Portion dia banyakkkkk... sedap pulak tu
X muat utk tekak org tua mcm aku


Untuk dessert aku amik kek coklat
Harga aku lupa
Tp rasa nya RM5.95
Sedap aku suka.. x manis sgt
Dia pahit2 sket

Hahaha ko ni syana semua sedap
Dah mmg sedap, takkan aku nk ckp x sedap pulak kan..

Air amik air kosong je jimat
Hahaa kedekuit

Takde la.. aku kalo nk amik dessert mmg aku suka amik air kosong jek


So mmg puas hati la makan kt Upperstar ni.. kot la korg dtg Sabah boleh la try
Mana la tau boring mkn seafood kat sini kan??

Ok nnt aku story pasal makanan lain ek
:)