Tetapi penghuni neraka kebanyakannya terdiri dari kaum wanita dari lelaki.
Apakah dosa-dosa yang memudahkan wanita terjerumus ke neraka?
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah SAW menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis.
Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya"
Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
1.Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
2.Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
3.Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
4.Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia mampu solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
5.Perempuan yang kepalanya seperti @?*&* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
6.Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
- Jagalah peribadimu sebaiknya kerana sebenarnya wanita itu mudah untuk ke syurga dan mudah juga untuk ke neraka.
- Langkahlah dengan berhati-hati agar anda tidak tersungkur di lembah yang merosakkan diri sendiri.
- Keseronokan dunia hanya seketika.
- Jagalah tubuhmu daripada diperlihatkan kepada manusia yang bukan mahrammu.
- Jangan menjual diri semata-mata ingin mendapatkan kepuasan dan kesenangan yang tidak abadi. Biarlah kita susah di dunia asalkan diri terpelihara. Berusahalah dalam mencari rezeki yang halal tanpa menghendaki rezeki itu hadir dengan banyak dan segera.
Ingatlah kata-kata P. Ramlee: "Sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, inikan pula kita "Rezeki itu ada di mana-mana. Allah SWT sayangkan hamba-hambanya. Setiap orang itu mendapat rezeki masing-masing. Cuma cara penerimaannya yang berbeza.
Andai kau tersungkur. Bertaubatlah kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Allah SWT kasihkah semua hamba-Nya.
Kalau Allah SWT tidak kasihkanmu, maka tidak akan terbit dalam hatimu untuk bertaubat. Mungkin ada yang menyatakan."buat apa nak bertaubat. Dah lambat".. "tidak!jangan percayainya.
Ingat..selagi nyawa masih ada. Selagi matahari belum terbit dari barat..selagi hari pembalasan belum tiba..pintu taubat masih terbuka..Allah kasihkan kamu"
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya
(isteri)
selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya(serta
menjaga solat
dan puasanya)."
kredit: Resepirahsiaku
7 comments:
trima kasih atas peringatan ini...
thank u Syana
mmg akak pernah baca artikel nieH
kadang2 kan....
sob sob
perkara nombot 1 tu
selalu failed
dah marah2 kat encik suami
pastu baru sedar...sob sob
banyak lagi kena betulkan diri nih huhu terima kasih atas peringatan ni kak.
sharing is caring..tq 4 this info...
ya Allah insafnya baca :)
ya Allah insafnya baca :)
info terbaek.......self reminder...
Post a Comment