IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Wednesday, March 30, 2016

Nasi Arab di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu

Hai semuaaaaa

Sejak duduk Sabah ni, selalu nau ditinggalkan syarul
Atas urusan koje la... aku ok je kadang tu, bila dia xde.. ye la da lebih 10tahun kawen kan, da faham da diri masing2
Yg kesian kt Iman la.. budak tgh nk membesar gitu mmg selalu sgt nak main ngan bapaknye..

1 peel syarul ni, asal nak pegi keje luar je mesti dia akan belanja dinner best2 b4 tu
Membeli jiwa nampak :p

So mlm td dinner kat Hotel Tabung Haji KK
Rupanye ada nasi arab sedap kt cafe situ.. harga pun ok la
Sepinggan RM25.. big portion gak la



Restaurant ni kat groundfloor hotel tbg haji tu



Mana tau syarul nk bwk dinner sedap mlm td.. lunch aku da belasah nasi ayam penyet... mana la tak mok2 skrg



Umur 6 tahun Iman still baca merangkak2.. takpe la biar lambat asal selamat.. hahaha
Aku dlu darjah 2 br reti baca.. so lek2 je laaaa
Janji dia nak la jugak cuba2 baca



Ni aku share ngan Iman.. sbbkan Iman lapar sgt dia boleh abiskan nasi tu
Tp kambing tu dia x abis la
Aku makan la kambing dgn minta 1 nasi extra
RM25 utk set ni



Ni syarul belasah sorg2
Haibatttt sgt.. hahaha
RM25 gak



Cream caramel ni so-so je la rasa dia
RM6.90
Aku dan dessert berpisah tiada :p



Luas kedai ni.. lps tu x ramai org
Kot nk romantik2 mkn tenang2 boleh la dtg sini
Dia bukak dr pkl 11 pagi
So boleh la dtg lunch dlm econ sambil mkn nasi arab
Western pun adaaaaa.. harga berbaloi la aku rasa

So sapa2 org KK atau yg melancong ke KK meh ka cuba mkn kt sini
Hotel dia pn selesa je aku tgk.. xde jauh dr town.. tp kena sewa keta la kalo dok hotel ni

Ok la bye2 semua

posted from Bloggeroid

Friday, March 18, 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah

Haiiiii semua
Skrg ni aku tgh bercuti kt KL.. khamis lepas smp Puncak Alam

Lps tu balik Tepeng.. aritu otw balik Tepeng singgah sat Sungkai nak lunch
Lepas da hajat nak makan nasi bamboo
Top gak kedai ni.. antara wishlist kedai2 aku nak makan kalo bercuti kt KL la ni



Luas kedai ni.. so selesa la takde rasa sesak even ramai org



Ni set nasi bamboo
RM2.50 je set ni.. ada nasi + telo masin + ulam + sambal + kuah kari
Kalo nak tambah ikan bakar ke ayam bakar pun boleh.. harga lain ye



Nampak je sikit nasi ni.. tp boleh la aku share ngan Iman..

Sini guna sistem layan diri.. so pegi la ko beratur order dan terus bayar.. pastu style gerai2.. gerai air lain.. gerai nasi lain.. gerai bakar2 lain
Nnt korg kena bayar yg ko order tu kt gerai2 tu..

Rasa dia??? Ikut tekak aku yg sumbat apa saja ni, mmg sedap la
Xtau la kalo tekak korg taraf juri masterchef kan.. hihi

Lokasi:
Dr KL tu exit Sungkai.. lepas bayar tol nnt jmp T junction korg amik kanan.. arah ke Ipoh.. pastu kedai tu x jauh dr simpang tu
Belah kiri tau kedai dia..
Jgn bwk laju2 kang terlajak sbb situ org tgh buat jalan.. so takut x nampak lorong masuk

Ok selamat Jalan2 Cari Makan ;)

posted from Bloggeroid