ok ok..penat control cantek bg ceramah..
td aku blogwalking jumpa nice entry kt blog sis rasp
http://espritrasp.blogspot.com/
sis, i da mintak permission copy paste kan :)
untung la sape2 yg selalu dpt attend kursus kt ofis..aku ni start keje dr dulu smp skrg tak pernah lg dpt peluang attend mana2 kursus motivasi
kkdg diri kite mmg perlukan motivasi2 gini..
ok meh kite share sama2 :)
Ada 5 syarat bagi menjadikan satu-satu kerja itu boleh menjadi ibadah.
Pertama, niat yang betul dan baik.
Contohnya bekerja kerana memenuhi tuntutan fardhu kifayah, menyara keluarga. Bukannya bekerja untuk menjatuhkan seseorang, untuk sombong dan sebagainya.
Kedua, kerja itu halal dan sah menurut syarak.
Mencari kerja yang halal adalah wajib. Bekerja dalam perkara yang mengingkari perintah Allah adalah haram. Contohnya menjual arak, insuran riba dan sebagainya.
Ketiga, pelaksanaan kerja itu betul dan menurut syarak.
Contohnya soal tuntutan (claim), waktu bekerja, menutup aurat, tidak menipu, tidak menerima rasuah dan lain-lain.
Keempat, natijah yang baik.
Ertinya hasil pendapatan disalurkan ke jalan yang baik. Keluarga jangan diabai, zakat ditunaikan serta rajin bersedekah.
Kelima, tidak mengabaikan ibadah asas.
Contohnya, solat 5 waktu.
********************************************************************************
*for me, ape yg penting hepi masa bekerja..even gaji tak byk mana, janji hati tenang..
sbb b4 keje kt Plaza Damas ni, aku pernah keje kt 1 company yg gaji lg besar sbb boleh claim OT bagai tapi hati aku tak seronok, selalu ade perasaan hasad dengki kt staff len sbb bos kt situ terlalu berat sebelah..pekeja kesayangan dia bg gaji lebih even keje yg org tu buat tak seberapa..so bg aku, baik blah dr gaji tak berkat sbb selalu busuk hati + ngumpat orang







