IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Thursday, June 16, 2011

Isteri bukan pelacur

'Layan macam pelacur'

2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

sumber: Berita Harian


-hahahaa tak tau nk komen ape...agak2 la wey kalo nk buat perumpamaan pun
pelacur sgt2 tak sesuai..

Menu pasta untuk bayi 11bulan

Budak Iman tu skrg ni da kurus kan
sejak2 dia demam lama ari tu dia mcm xselera nk makan
aku suap bubur yang campur lauk puree tu mmg dia tolak punye

pastu puas aku pikior nk bg makan ape anak aku ni
pastu tercetus idea nk buat sup ayam pastu letak macaroni
skrg ni macaroni sup da jadi feveret dia
& lagi senang aku masak..main campak2 jek
tak yah nk blend2 bagai

Resepi Macaroni Sup
bahan2:
- macaroni segenggam
- ayam aku tak potong kecik2
- kentang potong dadu
- carrot aku hiris2 nipis
- bawang putoh + bwang merah hiris halus

cara2:
- ko masuk air dlm periuk (agak2 la ko nk sup banyak mana)
- pastu ko campak je sume2 tu sekali ngan macaroni
- nanti sume empuk kembang elok je macaroni tu sekali ngan kentang & carrot
pastu hidang la...manis lemak minyak sume terhasil dr ayam + carrot + kentang + bawang2 tu

*kentang & ayam tu saje aku potong besar2 sbb aku suke suap pakai tangan
so aku akan lenyek2 kan kentang suap asing dr macaroni..sama gak ngan ayam aku suap asing

pastu aku pn da agak bosan buat sup
aku tukar plak menu lain
kali ni aku guna pasta spiral yg dr vege tu

ade 2 resepi aku nk share..tapi gambar ade 1 jek
aku tunjuk yg mcm bawah ni dulu ye
yang ni Spiral Tomato Sos
Resepi Spiral Tomato Sos
bahan2:
- spiral pasta segenggam
- carrot
- kobis bunga
- tomato yg masak ranum (blend letak sket jek air)
- cheddar cheese
- majerin
- bawang putih & merah

cara2:
- rebus pasta & carrot kobis bunga..pastu tos kan
- pastu panas kan kuali cairkan majerin..pastu tumis bawang
- pastu ko tuang tomato yg da di blend td
- bile da gelegak ko masukkan cheddar cheese yg da dihiris2 tu
- kacau smp pekat sekata
- pastu ko masukkan pasta & segala sayur dlm tu
- gaul sekata pastu hidang la

ade 1 lagi resepi..gambar aku lupa nak amik

Resepi Spiral with White Sos
Bahan2:
- Pasta segenggam
- susu 300ml (aku bancuh susu iman jek)
- majerin sket 1susu besar
- tepung gandum 1 sudu besar
- bawang putih
- carrot
- cheddar cheese

Cara2:
- rebus pasta & carrot
- panaskan kuali.masukkan majerin + tepung..kacau sampai pekat
- masukkan susu kacau lagi
- pastu masukkan cheese
kacau smp likat baru masukkan pasta

so far Iman suke makan pasta2 aku masak ni
aku try gak suap nasi lembik ke keras ke mmg kurang la dia mkn
tapi kalo pasta laju jekkkk..sah anak aku kan..hahhaaa

bapaknye risau takut anak kurus tak makan nasi..helloooooo org2 mat saleh tak mkn nasi pn elok jek badan gemok kan.janji cukup karbohidrat sume..
hahhaaa tp alhamdulillah pagi td da nampak balik ketak2 kt peha Iman

Ku bahagia

Morning!!!
hahhaaa bahagia la sgt kan :p

ni nk story kesah umah baru
mcm jarang jek aku cerita kan
bistu skrg ni jarang sgt nk snap2 gambar

ni gambar weken lepas...ari ahad
bangun pagi2 after bekpes teros syarul ajak lepak luar
dia nk basuh kete, pastu dia bukak pool utk kasi Iman main bubble
Iman pun hepi sgt2 dpt main air..
kalo tak main air dlm bilik air je kan
suara dia jgn cakap la..aku rse 1 lorong tu bleh dengar
terjerit2 excited..hahaa

ni kat family hall atas
situ aku letak TV pastu aku lambakkan toys Iman
so sambil aku langut tgk TV biar dia main sorg2
tapi dun wori awal2 syarul da pasang pagar tu
insya Allah dijamin kukuh

pastu skrg ni pagi2 b4 pegi keje mmg WAJIB bekpes dulu
aku akan pastikan pagi2 ade makanan terhidang
tak kesah even roti sapu majerin
*tadi makan nasi + sambal sotong + ikan goreng + sayur kacang buncis*
hahaa dulu dok umah lama tu mmg tak pernah nye nk bekpes2 bagai kt umah
tak kire la ari cuti ke ari keje ke
mmg kalo nk bekpes kite gi kedai mamak
kt umah ni ntah rse sonok bile dok kt meja makan ber3
sambil mkn sambil borak2 pastu gelak2 tgk Iman makan

ni gambar lama da
Iman pun sonok dpt main kt luar
kalo tak dulu asyik dok dalam umah jek

yg aku nk cerita kat sini adelah:
aku bersyukur even aku nk gi keje agak la jauh tapi sebabkan dapat buat benda2 kt atas ni buat aku hepi

balik keje smp umah kul 7pm mmg lepas mandi2 segala aku teros zass buat keje dapur
dlm kul 11pm la paling awal aku dpt tido
pastu kul 5.30am la paling lambat aku bangun siap2 kan makanan sume kalo kata nk sidai baju ke time ni la (mmg macam lipas kudung aku settlekan sume)
pastu kul 7.30am da kena kuar umah anta Iman gi school

tapi rasa berbaloi2 dgn investment yg ini..lepas letih2 dlm kete sbb jauh perjalanan tp bile smp umah rse lega
rasa lapang jek umah tu (mmg lapang pun compare dgn umah cute aku dulu)
Iman pun aku tgk makin hepi sbb dpt explore lebih

Syukur kepada Allah sbb bukakan pintu hati kitorg utk buat keputusan ini

Wednesday, June 15, 2011

MilkADeal: Pemanjaan sepenuhnya di Lizkhan Beauty & Soul

dok usha MilkADeal ttibe terperasan promo ni
da la ari ni last (ade lagi tak smp 11 jam)

RM49 (bernilai RM752) untuk Urut Pelangsingan Seluruh Badan (40 min) + Rawatan Muka Relaxing (60 min) + Detox Hidroterapi (30 min) + Rendaman Kaki (10 min) + Keahlian 6 Bulan bernilai RM488 di Lizkhan Beauty & Soul (Emperor Spa), Kota Damansara [Diskaun 93%]



alamat:
41-1 & 43-1,
Jalan PJU 5/21,
The Strand,
Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor
Kuala Lumpur 47810

boleh la kot nak manja2 diri..sbb lately ni aku rse tegang urat2 tengkuk
maybe sbb batuk banyak sgt kan..sakit sume tulang2

sape2 yang berminat tu, meh la klik sini utk tau kesah lanjut: MILKADEAL

Pizza Hut Promo for today


tgh jalan2 kat blog waty ttibe ternampak promo ni
so mcm menarik je kan
tapi valid for today only
& untuk take away & delivery sajok

ok la bleh belanja kot2 ade bday girl ke bday boy ke kan
nak tau kesah lanjut sile klik sini: Promo Pizza Hut

selamat makan!!!!