IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Thursday, June 16, 2011

Isteri bukan pelacur

'Layan macam pelacur'

2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

sumber: Berita Harian


-hahahaa tak tau nk komen ape...agak2 la wey kalo nk buat perumpamaan pun
pelacur sgt2 tak sesuai..

11 comments:

Akma Azlin said...

Boleh tak samakan isteri ni dengan bidadari ke, Snow white ke, sleeping beauty ke. Ni x, pelacur disamakannya. Baiklah org gaji dr pelacur tu. Haram!!

iela said...

pelacur leh la lyn laki cm raja..
sbb diaorg xdak komitmen memsk..jga ank bagai.. bila leth jual body terus boleh tdo..kn kak shana kn? kn??bodoh la kelab nie..haremm..

Jiejah @ Iza said...

adehhhh senak perut ku disamakan dgr pelacur .. demmmm u.

watyz said...

hubby aku ckp dia x sokong pon apa org tu ckp. pd dia aku bkn pelacur pon kalo aku layan dia 1st class. dia ckp x masuk dek akal langsung la. :P

iduraz said...

faham kmaksud dia..cuma perumpamaan tu tk sesuaii..sian kita para isteri

NANI said...

memang statement murah... walawei!! macam sesat pown ada... Jgn lah sesat gamaknya dierorg nie.. maklum aje, mereka nie kalau x silap, dari bekas serpihan serpihan kumpulan Al Arqam dulu...
** kalau kita isteri umpama pelacur atasan, sanggup ke kita bayangkan perkataan tu utk mak kita (isteri kepada bapa kita).. huhhh!!!

gee ryder said...

apekebangkai ayat dia tu??
bengong!

qemaishak said...

Nak marah rasa baca statement gini..ada ke buat peumpamaan gini, lagi ramai la lelaki nk cuba kehebatan pelacur kelas pertama seperti yg diwar2 kan tu ishhhh minta dijauhkan..

mama_umar_maryam said...

lambat plak ko ltk n3 nih wehh,hahahaha,aku cam pelik jgk dgn dr rohaya nih..xpelah,yg penting kite bknlah tarap pelacur gitu

Zaiyus said...

Pelacur kelas pertama bayarannya tinggi wo!. husband2 yg menyokong tu sanggup ke bayar? husbands tu pulak kena sediakan bilik tidur yang 'condusive' sama dengan hotel kelas pertama. Kelab ni bagi training nak buat sex? biar betul? ada demontration by dr rohaya tu ke?
isshh, crazy lah. Banyak lagi cara nak 'ikat' suami kat rumah, bergantung pada jenis suami lah. kalau suami kuat makan, kita belajar masak yg sedap2. kalau suami suka cantik, kita hias diri cantik2. kalau suami suka rumah berkemas, kita rajin2kan diri berkemas. tapi kalau suami gila sex?, bagi lah layanan kelas pertama pun, kalau dah nafsu kuda,memang tak boleh selesai masalah cari perempuan lain jugak.

sall said...

Pelik..pelik..pelik..
statement ni mmg memalukan dan menjatuhkan martabat kaum pompuan je. Sall setuju kata Zaiyus tu.