IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Tuesday, January 13, 2009

Doa Buat Kekasih

Ya Allah..seandainya telah Engkau catatkan,dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..
dan Ya Allah.Ya Tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera abadi,
Tetapi ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
dia bukan milikku..bawalah ia jauh dari pandangan ku..
luputkanlah ia dari ingatanku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..
berikanlah aku kekuatan ..
melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah
agar aku bahagia..
walaupun tanpa bersama denganya..
Dan ya Allah yang Tercinta..
pasrahkanlah aku dengan takdir mu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku,
kerana engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..
Ya Allah cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian ..
di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
kejalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN..

~kredit tu Helena..tq yang

No comments: