IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Friday, February 19, 2010

Pusat Kesuburan UIAM catat sejarah

KUANTAN: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan mencatatkan sejarah dengan kelahiran pertama seorang bayi lelaki hasil kaedah persenyawaan luar rahim 'Penyuntikan Sperma Intrasitoplasmik' (IVF ICSI) yang dikendalikan Pusat Kesuburan UIAM (PKUIAM), di sini, kelmarin.

Bayi seberat 2.5 kilogram yang diberi nama Muhammad Afeef Jazimin itu adalah milik pasangan Noor Hasni Hamdan, 30, dan suaminya, Muhammad Jalani Sulong, 32, selepas menunggu selama lebih lima tahun untuk menimang cahaya mata pertama.

Muhammad Afeef yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada jam 1.19 pagi, 14 Februari lalu adalah simbol kejayaan pusat itu dalam mengendalikan rawatan kesuburan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah untuk mendapat anak.

Pengarah PKUIAM, Dr Ahmad Murad Zainuddin, berkata pusat berkenaan yang ditubuhkan pada Jun tahun lalu adalah yang pertama di Pantai Timur serta kelima di seluruh negara.

"Kadar kejayaan pasangan yang mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan di pusat berkenaan adalah sebanyak 25 peratus dan pada masa ini, pihak kami masih dalam proses memantapkan lagi rawatan yang diberikan kepada pasangan yang sudah berdaftar," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Katanya, penubuhan pusat berkenaan adalah sebahagian daripada sumbangan yang diberikan UIAM kepada sektor perubatan negara.
"Ia mampu memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada pasangan yang masih belum menimang cahaya mata," katanya.

nak baca lebih detail, klik bawah ni ye

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100217004452/Article/

***********************************************************************
ok aku nk btau, sini la tempat aku buat IVF ari tu..UIAM Kuantan..Dr Murad tu la uncle aku..so pada sape2 yg berminat nk try buat treatment kt sini, dialu2 kan..

mana tau ade rezeki korg kt situ..utk gomen staff, aku rasa bleh claim utk treatment ni..just tny nurse kt sana cara2 nye..

ape yg perlu, duit saje..prepare la dlm 10K - 15K..tp aku rse tak smp kot 15K tu..& aku pn kena bayar ok time buat tu..bkn clinic uncle aku pn kan..dia pn keje situ jek

bg aku kalo btol2 mau zuriat sdiri, tak salah mencuba..biar la duit abis mcm air..insya Allah lama2 Allah akan makbulkan jugak..

9 comments:

Diarihatiku1976 said...

syana.. ivf takleh claim kalo kejer gomen.. pekeliling baru dah terima... tapi kalo ubat2 utk kesuburan nak buat ivf boleh.. kalo procedurenya tu yg takleh...

ezzati said...

tu la..macam2 kaedah ada skrg..yang penting usaha.. :)

Anonymous said...

nak je suh kakak sepupu aku wat kt sini dah 15 thn kawen xde ank

rasp said...

tul tu sis, tak salah mencuba kan...
duit insyaAllah boleh dicari...

SyaNa said...

kak ina~ kalo dpt claim ubat pn da kire bagus kak..ubat pn mahal gk tu..rejeki..rejeki..hahaa

Hani said...

stuju2x...

zazaez said...

Sangat the bangga!!!

sall said...

NAK MAKAN MCDONALD FREE?????

Unknown said...

Claim tu guna GL ke maksudnya?