IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Friday, December 3, 2010

Asam Pedas Linda Onn yang sangat mengecewakan

Dari tajuk ko da tau kan aku nk komen pasal asam pedas linda onn


tapi b4 tu meh kite tgk rappers domok..hahaaaa





semalam syarul bercita2 nak bawak wifenye makan asam pedas linda onn
kat area tesco ampang sana
aku pn simpan la perot sanggup tak lunch bagai kan semata nk hirup kuah asam pedas :p
so lepas maghrib kami pn berangkat





ok sampai sudah :-)
hepi ni tgk menu


da order teros posing2 dengan muka ceria



laju gak servis nye :-)
cepat jek sampai sume order
yang ni kacang panjang goreng
sgt tak sedap sbb banyak sgt belacan kot



tempat letak nasi sgt cool!!!
rasa nak beli 1 gini



yang ni order Asam Pedas Jenahak (RM11.00) sekeping
ya Allah ko ikan sudah busuk!!!

tapi nasib dapat tukar dgn Ikan Merah


pastu ni Asam Pedas Daging
aku la teringin asam pedas daging tetel sbb ari tu xpuas makan kt Melaka
sekali tu sampai2 mmg mengecewakan sgt
kuah dia terlalu pekat.bukan pekat sket2 mmg PEKAT!!
sampai ko tak gamak nk hirup slurpp slurpppp
daging pn xfresh langsung.da rasa2 mcm nk busuk (jgn aku sakit perot da)


yang ni plak katanye ayam kampung goreng berempah
tapi aku rasa mcm ayam goreng biasa jek

mmg kecewa sgt!!!


ok dessert time!!!
kot la makan dessert boleh mengubat ati yg terluka :p
sekali sampai TAPAI ESKEM ni lagiiiii aku frust
sebab ape????

hellooooo aku rasa kalo menu tu kabo tapai eskem, aku rasa sume tau guna TAPAI PULUT kan
ni tak, dia guna tapai ubi tu..(ke mmg ade org guna tapai ubi??)
tapi aku rasa lagi sedap kalo tapai pulut

mmg bertamah kecewa!!!!

aku harap kot2 la LINDA ONN terbaca ke kan, tolong la perbaiki ye
harga yang kami bayar bukan murah..
so kami mengharapkan yang terbaekkkkk
ni bukan sipi2 terbaekkk mmg hancur langsung



ok nak tunjuk bapak mithali :p
best ooo kalo makan kt luar.tugas aku hanya bagi susu kt Iman kalo iman lapar la
kalo dia xlapar, aku mmg makan relax2 jek..
sebab, syarul yg akan jaga dia kalo dia rengek2 manja sbb puting jatuh ke
heheee

masa mula2 ade Iman dulu mcm berebut2 gak nk dok sebelah Iman time mkn kt kedai

sekarang ni xde nye aku nk rebut2...ha jaga la iman ni ye suami ku
hahahaaaa..

-ok nak puji kedai linda onn sket:
food mmg hampeh kedaung, tapi sume staff dia mmg best
sangat la peramah..bagus!!! yang tu sile kekal kan ye..cuma baiki part food tu jek



18 comments:

mama_umar_maryam said...

ish,hrp2 linda onn bacela n3 ko nih,xpon staff die ke..kite ni nk tlg restoren melayu tp klu hampeh camni mmg saket hati

♥cikmOt♥ said...

linda kata, kejap lagi dia baca...dia tengah on air ni...

mama tisya said...

lawak la cik mot...aku tk suka asam pedas tp aku ada bc review psl kedai linda onn ni, mmg tk sedap..sama gk mcm my mom chicken rice tu..tk sedap gk

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

i tak suke sangat masak asam pedas ni..

SyaNa said...

zet, tu la kan..kedai ke main gah nama nye..sekali tu hampeh

cik mot, hahaa lawak ko ni

erryn, patutnye buat la sedap2 kan..sbb dia nk iklankan kedai sgt senang

mrs K, aku suke sgt..rasa masam2 pedas2

cik helena said...

phew teru rasa tanak pegi langsung!hahaha

saveme_zero said...

syana..elok ko back link kat blog linda onn sendiri. at least dia tahu situasi tu.

++eden|essey++ said...

syana..food die mmg hampeh la..sbb ako penah mkn kt ctu gaks..x sedap langsung..kuah yg amat pekat.....mmg x mcm asam pedas melaka....suke suki je kan guna name asam pedas....tp n. ayam tuh pon laki ako ckp x sedap....harga lak mahal kan...huhuu

Mamamia said...

ala..nasi ayam dier pn bknyer sedap sgt pn..lg sedap gerai tepi jln....

Unknown said...

Linda tak sempat siasat lg kt restoren nie kot..Bnyk sgt kedainya....

Ingtka sedap...

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

syana ko htr komen@komplen kt blog linda onn tu .. tgk apa dia jawab

idyavie said...

Salam Syana...amboi.......dah dobok hero awak yer...

marinahunny said...

kalu mknanan x sedap mmg keciwa la..huhuhu

mya said...

aku pernah makan kat sini gak.
mmg hancuss wey..

Asma said...

kedai nasi ayam yg kt ampang tu pun lengang je..tapi mak mertua aku suka lak makan kt situ..heran tul..tp layankn je...hehehehe

Anonymous said...

aku xpenah try makan sini
penah tgk preview bloger lain
diorg kata sedap

ibuMifdhal said...

Hi Syana, saya Yatie salah seorang daripada pekerja Linda Onn. Pertama, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di restoran Linda Onn untuk menjamu selera.


Berkenaan dgn makanan,saya perlu jelaskan satu persatu.


Kuah Asam pedas Daging kami memang pekat sikit kerana sebelum ni, kami buat cair tetapi rata-rata pelanggan kami suka yang pekat. Walaubagaimanapun, kami sentiasa boleh 'adjust' mengikut citarasa pelanggan. Sepatutnya Syana boleh 'request' dari staff utk cairkan kuah. Setakat ni,Alhamdulillah semua pelanggan2 kami berpuas hati. Mungkin itu bukan citarasa Syana. Maaf kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.


Mengenai Asam Pedas Jenahak, memang diluar jangkaan dan kawalan kami. Ikan kami hanya bertahan selama 2 hari saja. Kadang2, ikan tidak berbau semasa masak tetapi terasa 'kurang sedap' semasa makan. Kami sedia menggantikan ikan baru untuk pelanggan.


Ayam berempah kami adalah jualan sampingan utama kami. Mungkin tidak menepati citarasa Syana. Saya mintak maaf.


Pasal tapai pulak, memang kita ada dua pilihan. Tapai pulut atau tapai ubi. Mungkin ada 'miscommunication' antara staf kami & Syana.


Anyway, kami adalah manusia biasa yang mencari rezeki yang HALAL. Linda Onn tiada apa silap disini. Linda hanya pengasas & dia juga pasti tidak mahu jadi sebegini. Namun sebagai manusia biasa, kami tak lepas dari membuat kesilapan. Terima kasih banyak2 sekali lagi diatas teguran & diharap Syana dapat menjaga AIB bisnes kami & nama Linda Onn. Teguran daripada pelanggan dapat membantu perniagaan kami. Lain kali boleh hantar email atau boleh 'private message' kepada Linda melalui Facebook.


Salam,
Yatie

Nillyz said...

Penah makan kat My Assam Pedas Shop.. Setakat ni mknn dia mmg berdesup sedap.. mmg puas ati mkn kat sana.. kedai bersih, mknn sedap, staff baik je n amat puas ati.. Thumbs up MAPS.. Selera lain2.. Tepuk perut tny selera..