IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Friday, April 3, 2009

Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat:
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


DALIL TENTANG SOLAT INI.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Daripada Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’(hadith Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Daripada Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Subuh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hadith Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)

Daripada Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’(hadith riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Daripada Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hadith riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Wallahu'alam.

6 comments:

Mamamanja said...

thanks 4 sharing :)

SyaNa said...

mama~ yg baik kongsi bersama :D

Liana Manjaku said...

time kasih coz sudi berkongsi ilmu... InsyaAllah...

zai@umiaiman said...

baguih n3 cm gini buleh menjadi peringatan..

cik helena said...

kaksyana.thanks sebab post entry ni,atleast kite tersedar disebalik kegembiraan dunia..

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

sharing is caring..
thank syana..aku lom kesempatan nk buat lg...